Emosi Itu Penting..!!!!


Emosi adalah istilah yang digunakan untuk keadaan mental dan fisiologis yang berhubungan dengan beragam perasaan, pikiran, dan perilaku. Emosi adalah pengalaman yang bersifat subjektif, atau dialami berdasarkan sudut pandang individu. Emosi berhubungan dengan konsep psikologi lain seperti suasana hati, temperamen, kepribadian, dan disposisi.
Secara umumnya emosi penting untuk manusia kerana ia dapat membantu dan mempermudahkan manusia dalam kehidupan di dunia ini. Antaranya :

o Kelangsungan hidup– Emosi merupakan anugerah Allah sebagai sistem kawalan dalaman yang menyelamatkan kita dari bahaya. Misalnya, apabila berjumpa harimau kita akan menunjukkan emosi takut dan dengan itu kita akan memikirkan cara untuk menyelamatkan diri.


BACA JUGA:  Individu Dalam Masyarakat III

o Membuat keputusan– Emosi juga menolong kita membuat keputusan kerana ia merupakan sumber informasi yang penting. Kajian menunjukkan jika perhubungan emosi seseorang di dalam otak telah rosak, dia tidak dapat membuat keputusan walaupun keputusan yang mudah. Ini kerana dia tidak tahu perasaannya terhadap pilihan yang telah dibuat.

o Menentukan sempadan dalam perhubungan– Apabila kita merasa tidak tenteram dengan tingkah laku seseorang emosi akan menyedarkan kita. Dengan itu kita akan menunjukkan perassan tidak suka dan dapat menolong menentukan sempadan di samping menghadkan perhubungan agar fizikal dan mental sentiasa terjaga.

BACA JUGA:  Fisioterapi dan Manusia

o Komunikasi– Emosi juga membantu kita berkomunikasi dengan orang lain. Ekpresi muka kita dapat menunjukkan pelbagai macam emosi.

o Kegembiraan– Apabila gembira kita akan berasa tenang. Jika kita dapat mengenal pasti emosi dengan lebih baik maka lebih mudah bagi kita untuk menentukan apa yang diperlukan untuk merasa gembira.

o Kesatuan– Emosi adalah universal. Emosi seperti simpati, kasihan, memaafkan dan bekerjasama dapat membantu menyatukan manusia.

o Mengurus emosi negatif– Untuk memperolehi emosi yang sihat kita perlu mengurus emosi yang negatif. Langkah pertama mengenal pasti emosi yang dirasai dan tanyakan diri kita adakah perasaan itu baik atau tidak. Seterusnya tanyakan bagaimana menjadikan perasaan itu lebih baik. Ini akan menolong pemikiran kita ke arah yang lebih positif.