Perang Virus di Internet


PENCIPTA virus Netsky, Bagle dan Mydoom kini dilaporkan bergaduh sesama sendiri kerana cemburu dengan kejayaan lawan masing-masing menarik perhatian dunia kepada cecacing yang dilepaskan dalam internet.

Pencipta virus terbabit dilaporkan memasukkan program sindiran dan caci maki ke dalam virus baru yang ditujukan terhadap pesaing mereka. Ia bermula kerana pencipta virus Bagle cemburu dengan tumpuan media terhadap virus Netsky

‘Perang’ antara pencipta virus itu dilakukan dengan melepaskan virus baru yang mengandungi mesej baru dalam virus berkenaan. Ketika ini ada sembilan jenis virus Bagle, enam jenis virus Netsky dan tujuh versi Mydoom dalam ruang siber, lapor BBC. Lima daripada virus berkenaan dilepaskan sejak semalam ketika pergaduhan antara pencipta virus berkenaan meningkat.

 
BACA:  Kesehatan dan Keselamatan Kerja Perkantoran

“Saya lebih suka jika mereka menyuarakan kemarahan pada papan mesej daripada dalam bentuk kod mesej,” kata Graham Cluley, penganalisis anti-virus firma Sophos.

Firma anti-virus itu menemui kata-kata sindirian dan caci maki itu dalam virus baru selepas dianalisis bagi mengesan perbezaan antara program virus berkenaan. Contohnya, dalam virus Bagle.J mengandungi mesej berbunyi: “Jangan musnahkan perniagaan kita, kamu mahu mulakan perang?”


Pencipta virus Netsky kemudian melepaskan cecacing Netsky.F sehari selepas itu mengandungi mesej berbunyi: “Bagle – kamu memang mudah kalah.”

Lebih hebat lagi, virus Netsky.F vuba menghapuskan versi Bagle daripada semua komputer. Pencipta virus terbabit saling mengutuk atau menghina ciptaan lawan masing-masing. Pakar anti-virus berkata, kumpulan yang mencipta pelbagai virus itu ada motif berlainan.

BACA:  Sistem Networking dan Telekomunikasi di Rumah Sakit

Pencipta Netsky, misalnya, dianggap cuba berlagak atau menunjuk-nunjuk kemahiran mereka mencipta program virus. Pencipta Bagle dan Mydoom pula dikatakan cuba melepaskan program ke rangkaian komputer yang boleh dikawal untuk membolehkan spam dilepaskan atau menjadi pusat pelancaran virus baru lain.

Kajian yang dijalankan pakar internet, Sandvine, menganggarkan, kebanyakan firma akan membelanjakan AS$370 (RM1406 juta) bagi menangani masalah cecacing atau virus pada 2004.